Tuesday, 21 January 2014

Say No to HFMD

Assalamualaikum & Selamat pagi..

Hari ni nak share sket pasal penyakit ni coz anak aku salah seorang kanak-kanak yang disuspek terkena penyakit ni... aku dapat arahan supaya anak aku kena kuarantin... Alhamdulillah dah ok.

Apa itu HFMD? 

Aku ada la baca di beberapa blog mengenai HFMD. HFMD adalah singkatan dari Hand, Foot, Mouth Disease. 

Jom baca... Petikan dari Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 

NASIHAT KESIHATAN (ADVISORY) HFMD

Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

Bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang diambil, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan orang ramai bahawa:

a) Langkah pencegahan terbaik adalah menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ia mudah berlaku di tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah.

b) Ibubapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak dengan gejala HFMD mendapatkan rawatan dan tidak membawa kanak-kanak tersebut ke tempat awam termasuk sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak.

c)  Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka sepertimana yang disarankan dalam ‘Garis Panduan Pengendalian Kanak-Kanak di Taska dan Prasekolah’ serta ‘Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah Dan Mengawal Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut’. Kesemua dokumen rujukan berkenaan oleh didapati melalui laman sesawang KKM di alamat URL:http://www.moh.gov.my

Disediakan oleh,
Sektor Zoonosis
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesiahatan Malaysia

ak apa itu HFMD?
HFMD adalah singkatan dari Hand, Foot and Mouth Disease atau nama Melayunya penyakit kuku, tangan dan mulut.
- See more at: http://www.milkymommy.com.my/apa-itu-hfmd/#sthash.I47t8slz.dpuf
Tahu tak apa itu HFMD?

No comments:

Post a Comment