Assalamualaikum... selamat pagi...
Kepala berat, kesan sampingan pas buat resdung masih tak lega... Mata merah... gatal2.... Tuhan je yang tahu apa yang akurasa skang ni... Badan dah mula rasa nak demam...Ubat dah telan.... tapi still tak kurang...
Aku harap dapat bertahan... So... sesape yang ada resdung tu... cepat2 r berubat... macam2 versi dengar pasal bahaya resdung JIKA tak diubati.
RESDUNG BOLEH MEMBAWA MAU, sekiranya tidak segera dirawat.
Istilah Perubatan Tradisional - Ia merupakan kerengsangan hidung yang
boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan
menimbulkan ketidakselesaan.
Istilah
Saintifik - Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit.
Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit
muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca
kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.
RESDUNG
atau seduan(sinusitis) adalah sejenis penyakit yang mudah berjangkit
dalam waktu yang singkat apabila daya tahan penyakit atau antibodi
seseorang itu lemah dan tidak dapat menahan kuman resdung / hama) yang
terus merebak dalam tubuh pesakit.
Percayakah anda resdung adalah
penyakit yang berpunca dari parasit demodex atau apa yang dipanggil
sebagai ulat resdung. Terdapat kira-kira 44 jenis resdung! Masalah
resdung berpunca dari alahan terhadap habuk,debu, pemakanan, pencemaran
dan sebagainya. Penyakit resdung boleh membawa MAUT!!!
Resdung
adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit
hidung.Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria
keatas hidung dan rongga disekelilingnya.
Dianggarkan hampir 25%
penduduk negara ini mengalami penyakit resdung yang serius. Diantara
tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhingus atau tersumbat,
sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelumumur yang berterusan
walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan. Penyakit resdung juga
dikenali 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang
penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada
penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis
dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala
untuk orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal
tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang
dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin
tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.
No comments:
Post a Comment